CAWANGAN-CAWANGAN KDCA DIINGATKAN AGAR MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DENGAN SEGERA, SETIAUSAHA AGUNG
21 Jul 2015

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) bakal mengadakan Persidangan Tri-Tahunan bagi memilih Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2015-2018 yang baru? memandangkan tempoh sesi Jawatankuasa yang sedia ada akan berakhir tahun ini.

Setiausaha Agung KDCA, Gundohing Suman Yasambun menjelaskan bahawa persidangan Tri-Tahunan ini dijadual berlangsung pada 24hb-25hb Oktober 2015 bertempat di Dewan Hongkod Koisaan,? Penampang.

Sebanyak 632 cawangan KDCA termasuk Penyelaras Ahli Bebas KDCA Klang Valley dan Johor Bahru serta Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan dijangkakan akan mengambil bahagian dalam persidangan ini nanti.

Sehubungan dengan itu, semua Badan-badan Penyelaras Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bebas KDCA (Un-attached KDCA Members) diingatkan agar mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan masing-masing dengan segera.

Tambahnya lagi, Laporan Minit Mesyuarat cawangan masing-masing serta borang pencalonan harus sampai ke ibu pejabat KDCA selewat-lewatnya pada 31hb Ogos ini.

Beliau juga menegaskan bahawa kegagalan setiap cawangan KDCA untuk berbuat demikian akan mengakibatkan cawangan berkenaan tidak layak menyertai Persidangan Delegasi Tri-Tahuanan KDCA kali ke-13 ini.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Penganjur KDCA, Gundohing John Paujik atau Setiausaha Kerja KDCA, Gundohing Dr. Benedict Topin atau Puan Munam Charles ditalian 088-713 696/337 pada waktu pejabat atau emailkan kepada kdcahq@gmail.com.

Tamat.

Disediakan Oleh:

Suman Yasambun

Setiausaha Agung KDCA.

0138703500

AGM KE-11 KOPERASI KOISAAN SABAH BERHAD
21 Jul 2015

PEMBERITAHUAN

Kepada: ?Semua Anggota Koperasi yang berdaftar.

Pemberitahuan kepada semua Anggota bagi Koperasi Koisaan Sabah Berhad bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke-11 akan diadakan seperti pada ketetapan berikut:-

Tarikh: 9hb Ogos 2015 (Ahad)

Masa: 2.00 Petang ( Pendaftaran bermula jam 12.30 t/hari)

Tempat: ?Annex KDCA, Hongkod Koisaan, Penampang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat Koperasi Koisaan Sabah Berhad (Cik Elaine Nora Amandus) ditalian 088-715 337 pada waktu pejabat (8.30am-5.00pm).

Sekian, Terima Kasih.

Setiausaha KKSB