CAWANGAN-CAWANGAN KDCA DIINGATKAN AGAR MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DENGAN SEGERA, SETIAUSAHA AGUNG.
10 Nov 2011
KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) bakal mengadakan Persidangan Tri-Tahunan bagi memilih Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2012-2015 yang baru? memandangkan tempoh sesi Jawatankuasa yang sedia ada akan berakhir tahun ini. Setiausaha Agung KDCA, Gundohing Suman Yasambun menjelaskan bahawa persidangan Tri-Tahunan ini dijadual berlangsung pada 10 hingga 11 Mac 2012 bertempat di Dewan Hongkod Koisaan,? Penampang. Sebanyak 630 cawangan KDCA termasuk Penyelaras Ahli Bebas KDCA Klang Valley dan Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan dijangkakan akan mengambil bahagian dalam persidangan ini nanti. Sehubungan dengan itu, semua Badan-badan Penyelaras Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Bebas KDCA (Un-attached KDCA Members) diingatkan agar mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan masing-masing dengan segera. Tambahnya lagi, Laporan Minit Mesyuarat cawangan masing-masing serta borang pencalonan harus sampai ke ibu pejabat KDCA selewat-lewatnya pada 24hb November ini. Beliau juga menegaskan bahawa kegagalan setiap cawangan KDCA untuk berbuat demikian akan mengakibatkan cawangan berkenaan tidak layak menyertai Persidangan Delegasi Tri-Tahuanan KDCA kali ke-12 ini. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Penganjur KDCA, Gundohing John Paujik atau Setiausaha Kerja KDCA, Gundohing Dr. Benedict Topin atau Puan Munam Charles ditalian 088-713 696/337 pada waktu pejabat atau emailkan kepada kdcahq@yahoo.com. Tamat. Disediakan Oleh:
Suman Yasambun
Setiausaha Agung KDCA.
0138703500